Assalamualaikum, Selamat Datang Ke blog Farhah .. segala maklumat-maklumat yang Farhah kongsikan dalam blog ini .. moga bermanfaat yep .. janganlah segan untuk bertanya soalan ataupun ingin mencadangkan penambahbaikan untuk blog saya ini ..

Tabung Susah Senang

Sesiapa yang berminat untuk order button badges pelbagai design yg terbaru untuk
perkahwinan, majlis-majlis, aktiviti-aktiviti pelajar, kata-kata semangat, dan lain-lain ..
harga borong boleh runding .. memang berbaloi dan sangat murah ..
bolehlah personal message / chat / comment untuk ..
contoh gambar dan details ..

facebook : www.facebook.com/HanyaYgSatu
email : pinksolution91@gmail.com
blog : www.pinksolution91.blogspot.com
wechat : AtifFarhah
whatsapp : Farhah
page : www.facebook.com/FarhahDesign

28 November 2013

Ucap Syukur Melebur Kufur

Hai semua .. selamat pagi .. saat dan ketika ini, eceh2 (hehe) saya ingin kongsi sedikit tentang Ucap Syukur Melebur Kufur ..
saya kupas dari majalah Gen-Q edisi 27 ..

Perkataan syukur berasal daripada perkataan arab Syakaraa yang membawa maksud membuka .. Manakala kufur pula daripada perkataan Kafaraa yang membawa maksud menutup ..

Apabila Dr. Zahazan Mohamed pula berbicara iaitu
“Melahirkan rasa bersyukur itu solah-olah kita membuka pintu rezeki dan nikmat yang tidak terhitung nilainya daripada Allah s.w.t .. Manakala apabila kita kufur, kita umpama sengaja menutup pintu nikmat dan rezeki buat kita”

Mengucap Syukur
Mengucap syukur bukanlah sekadar menyebut alhamdulillah atas pemberian-Nya, malah dengan memberi ketaatan yang bersungguh-sungguh kepada Allah dengan mnezahirkannya melalui seluruh anggota ..

Bahagianya Bersyukur
Bersyukur membuahkan rezeki dan nikmat yang melimpah .. Bersyukur juga menjanji jalan kepada hidayah dan petunjuk Allah kepada kita ..

Bagi seorang anak, sifat syukur itu akan menerbitkan rasa sayang ibu bapa, guru dan masyarakat .. Manakala bagi seorang pekerja pula, sifat syukur akan menyebabkan limpahan anugerah sama ada daripada Allah secara terus ataupun melalui majikannya ..

*ITULAH TARGET / IMPIAN UTAMA KITA*

DOA RASULLULLAH
Menurut riwayat Al-Bazzar, Rasullullah sering mengucapkan doa ini :
“Ya Allah ! Jadikanlah aku hamba yang sangat bersyukur, jadikanlah aku hamba yang banyak bersabar, jadikanlah aku kecil pada kedua pandangan mataku dan besar pada pandangan manusia”

MAKSUD DOA

pertama
Baginda memohon agar menjadi hamba yang bersyukur pada nikmat-Nya .. Lihatlah walaupun Baginda sudah dijamin masuk syurga dan bebas segala dosa, Baginda tetap menghidupkan malamnya dengan beribadah dan berdoa ..
kedua
Baginda meminta agar menjadi hamba yang sabar dengan segala ujian .. Malah tidak juga mudah membalas dendam atas keburukan yang dilakukan orang lain kepadanya ..
ketiga
Baginda berhajat kepada Allah agar menjadikannya kecil pada pandangan sendiri, namun besar pada pandangan manusia .. Ini bertujuan supaya Baginda mudah untuk melaksanakan segala yang diperintahkan Allah selaku khalifah di atas muka bumi ini ..
by FARHAH



4 comments:

  1. thanks fr sharing this kak!!!! <3

    ReplyDelete
  2. @Akeyla Azmi, ur almost welcome dear .. sini kan memang tempat berkongsi ilmu .. smoga ia bermanfaat yep .. :)

    ReplyDelete
  3. wah bagusnya info ni....bermanfaat....sesetengah orang xtahu kan semudah dengan bersyukur j....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah law ia bermanfaat untuk org .. syukur sgt2 .. thanks Anina :)

      Delete

Nice To Meet You