
Hai semua .. selamat pagi .. saat dan ketika ini, eceh2
(hehe) saya ingin kongsi
sedikit tentang “Ucap
Syukur Melebur Kufur” ..
saya kupas dari majalah Gen-Q edisi 27 ..
Perkataan syukur berasal daripada perkataan arab “Syakaraa” yang membawa maksud membuka ..
Manakala kufur pula daripada perkataan “Kafaraa” yang membawa maksud menutup ..
Apabila Dr. Zahazan Mohamed pula berbicara iaitu
“Melahirkan rasa bersyukur itu solah-olah
kita membuka pintu rezeki dan nikmat yang tidak terhitung nilainya daripada Allah
s.w.t .. Manakala apabila kita kufur, kita umpama sengaja menutup pintu nikmat
dan rezeki buat kita”
Mengucap
Syukur
Mengucap syukur bukanlah sekadar menyebut alhamdulillah
atas pemberian-Nya, malah dengan memberi ketaatan yang bersungguh-sungguh
kepada Allah dengan mnezahirkannya melalui seluruh anggota ..
Bahagianya
Bersyukur
Bersyukur membuahkan rezeki dan nikmat yang
melimpah .. Bersyukur juga menjanji jalan kepada hidayah dan petunjuk Allah
kepada kita ..
Bagi seorang anak, sifat syukur itu akan
menerbitkan rasa sayang ibu bapa, guru dan masyarakat .. Manakala bagi seorang
pekerja pula, sifat syukur akan menyebabkan limpahan anugerah sama ada daripada
Allah secara terus ataupun melalui majikannya ..
*ITULAH TARGET / IMPIAN UTAMA KITA*
DOA RASULLULLAH
Menurut riwayat Al-Bazzar, Rasullullah sering
mengucapkan doa ini :
“Ya Allah ! Jadikanlah aku hamba yang
sangat bersyukur, jadikanlah aku hamba yang banyak bersabar, jadikanlah aku
kecil pada kedua pandangan mataku dan besar pada pandangan manusia”
MAKSUD DOA
pertama
Baginda memohon agar menjadi hamba yang bersyukur
pada nikmat-Nya .. Lihatlah walaupun Baginda sudah dijamin masuk syurga dan
bebas segala dosa, Baginda tetap menghidupkan malamnya dengan beribadah dan
berdoa ..
kedua
Baginda meminta agar menjadi hamba yang sabar
dengan segala ujian .. Malah tidak juga mudah membalas dendam atas keburukan
yang dilakukan orang lain kepadanya ..
ketiga
Baginda berhajat kepada Allah agar menjadikannya
kecil pada pandangan sendiri, namun besar pada pandangan manusia .. Ini
bertujuan supaya Baginda mudah untuk melaksanakan segala yang diperintahkan
Allah selaku khalifah di atas muka bumi ini ..

thanks fr sharing this kak!!!! <3
ReplyDelete@Akeyla Azmi, ur almost welcome dear .. sini kan memang tempat berkongsi ilmu .. smoga ia bermanfaat yep .. :)
ReplyDeletewah bagusnya info ni....bermanfaat....sesetengah orang xtahu kan semudah dengan bersyukur j....
ReplyDeleteAlhamdulillah law ia bermanfaat untuk org .. syukur sgt2 .. thanks Anina :)
Delete