Assalamualaikum, Selamat Datang Ke blog Farhah .. segala maklumat-maklumat yang Farhah kongsikan dalam blog ini .. moga bermanfaat yep .. janganlah segan untuk bertanya soalan ataupun ingin mencadangkan penambahbaikan untuk blog saya ini ..

Tabung Susah Senang

Sesiapa yang berminat untuk order button badges pelbagai design yg terbaru untuk
perkahwinan, majlis-majlis, aktiviti-aktiviti pelajar, kata-kata semangat, dan lain-lain ..
harga borong boleh runding .. memang berbaloi dan sangat murah ..
bolehlah personal message / chat / comment untuk ..
contoh gambar dan details ..

facebook : www.facebook.com/HanyaYgSatu
email : pinksolution91@gmail.com
blog : www.pinksolution91.blogspot.com
wechat : AtifFarhah
whatsapp : Farhah
page : www.facebook.com/FarhahDesign

09 March 2012

★ Teh Ais ? Kenapa ? Jom selongkar !




Teh Ais Sedap ?
Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita
penyakit batu karang.

Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.
“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.

Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.
 Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan
meminum air kosong.

No comments:

Post a Comment

Nice To Meet You